Selain pengenalan sistem CVT, Saga FLX Executive dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan lebih baik seperti Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB), selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang depan. Tetapi untuk varian asas Saga FLX Standard, tiada ketiga-tiga ciri keselamatan tersebut.
PROTON SAGA FLX VS PROTON SAGA FL
CIRI-CIRI | PROTON SAGA FLX | PROTON SAGA FL |
Kuasa kuda | kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum | 6,000rpm. |
Penggunaan petrol bagi setiap 100 km | 5.7 liter (manual 5-kelajuan) | 6.0 liter |
Penggunaan petrol bagi setiap 100 km | 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan) | 6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT |
PROTON SAGA FLX 1.3 MENJIMATKAN PETROL
Proton telah melakukan ujian dan mendapati tahap penjimatan petrol boleh mencapai sehingga 4% (dalam bandar) dan hampir 10% (lebuh raya).HARGA PROTON SAGA FLX 1.3
(berdasarkan warna metalik)
VARIAN | SEMENANJUNG MALAYSIA | SABAH/ SARAWAK | LABUAN | LANGKAWI |
Standard MT | RM 38,598 | RM41,378 | RM 38,298 | RM 36,448 |
Standard CVT | RM 41,598 | RM44,378 | RM41,298 | RM 39,448 |
Executive MT | RM 42,398 | RM45,198 | RM41,648 | RM 40,098 |
Executive CVT | RM 44,998 | RM47,798 | RM44,248 | RM 42,698 |
WARNA PROTON SAGA FLX
Elegant Brown (Warna baru)
Tranquility Black
Genetic Silver
Solid White
Blue Rock
Sangat jelas. Terima kasih atas maklumat anda mengenai Proton Saga . Saya akan mempertimbangkan untuk membeli satu.
ReplyDelete