Pages

Tuesday, January 10, 2012

Ganjaran menarik dari Mitsubishi sempena kedatangan tahun baru 2012

 

Sempena kedatangan tahun baru 2012, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah menawarkan pelbagai ganjaran dan bonus menarik untuk para pelanggannya. Dari sekarang sehingga hujung Januari 2012, pemilik baru setiap model Mitsubishi termasuk Triton (kecuali Triton Lite), Pajero Sport, Lancer GT, Lancer Sportback, ASX dan Pajero akan menikmati faedah penyelenggaraan kenderaan secara percuma selama tempoh 3 tahun meliputi kos bendalir, alat ganti dan kos buruh.



Bukan itu saja, pemilik baru juga akan menikmati kadar faedah yang rendah bermula dari 2.05%, disediakan melalui bank-bank terpilih untuk model Mitsubishi Grandis, ASX dan model Pajero sahaja. Selain itu bersempena dengan Program Penghargaan Pemilik Mitsubishi, semua pemilik Mitsubishi juga akan menikmati pemeriksaan percuma, baucer makanan dan cenderahati istimewa dengan setiap servis di mana-mana pusat servis bertauliah Mitsubishi.
Barisan semasa kenderaan edaran MMM ketika ini termasuklah Lancer GT dan Sportback, crossover ASX, MPV Grandis, trak pikap Triton, Pajero Sport dan SUV Pajero Exceed. Pelbagai model Triton meliputi antaranya varian 3.2 liter 4×4 Automatik, 2.5 liter 4×4 Automatik dan Manual, 2.5 liter 4×4 Standard Manual dan Triton Lite 2.5 liter 4×2 Manual. Varian Mitsubishi Pajero pula meliputi Pajero Sport GS 4WD, Pajero Sport GL 2WD serta Pajero Sport VGT yang baru saja dilancarkan.
Berminat? Jangan berlengah lagi, kunjungi bilik pameran Mitsubishi terdekat anda dan mulakan tahun 2012 dengan memandu pulang penuh bergaya model terbaru Mitsubishi.

No comments:

Post a Comment